Berita semasa -  Kementerian Pendidikan  Malaysia  mengatakan yang pihak kementerian akan mengurangkan beban guru. Justeru itu, ada yang memperuntukkan guru supaya mengajar pada waktu yang terhad sahaja. Hal ini kerana, masa yang selebihnya guru perlu banyak habiskan untuk mengemaskini data maklumat pelajar secara atas talian (online).

Selanjutnya, guru dikatakan menggalas bebanan yang berat pada masa kini kerana guru terpaksa menggunakan masa di luar waktu bertugas untuk menyiapkan serta mengemaskini maklumat tugasan serta hal yang berkaitan dengan pelajar secara dalam talian. Berikutnya pula, hal ini juga menjadi masalah kepada guru akibat daripada kekurangan akses internet di sekolah. Hal ini telah membantutkan segala kerja guru-guru disekolah.

Berikutnya, hal ini membuatkan profesion perguruan kini lebih mencabar dan telah memberikan tekanan kepada guru-guru. Bukan sahaja disebabkan oleh kekurangan yang ada di sekolah namun kini dengan adanya sistem pendidikan yang baharu diperkenalkan oleh kementerian pendidikan menambahkan lagi tekanan kepada golongan pendidik ini.