Monday, 30 November 2015

Laporan kajian pendidikan awal kanak-kanak

Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika atau pra sekolah



  1.            KAJIAN-KAJIAN LEPAS BERKAITAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI PERINGKAT TADIKA ATAU PRA SEKOLAH Imran Ariff Ariffin Faizul Ab Kadir Khadijah Ibrahim Rizawati Abd Halim Wan Zurianti Wan Abdullah Jabatan Kemahiran Hidup (Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional) (Universiti Pendidikan Sultan Idris 2010) 20 Oktober 2010 ABSTRAKPenulisan ini berkisarkan kajian-kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak diperingkat tadika atau pra sekolah. Penulisan ini telah di jalankan secara terperinci bagimengetahui serba sedikit mengenai isu-isu, polisi kurikulum, dasar, pengajaran danpembelajar (P&P) dan juga masalah berkaitan penglibatan ibu bapa di peringkattadika/prasekolah. Penulisan ini juga akan menyentuh tentang masalah-masalah yangdi hadapi oleh pihak sekolah terutama guru-guru yang mengajar pelajartadika/prasekolah. Selain itu, penulisan ini juga akan membincangkan bagamana pihaksekolah menyelesaikan masalah pelajar tadika/prasekolah dan masalah hubugan pihaksekolah dengan ibu bapa. Namun, secara keseluruhan penulisan ini dirujukberdasarkan bahan-bahan yang terbukti kesahihannya melalui kajian-kajian yang telahdi buat oleh tokoh-tokoh dalam dunia pendidikan sebelum ini..


  1.  ISU DAN PERMASALAHAN YANG TERDAPAT KETIKA MENGAJAR DI PERINGKAT PRASEKOLAH...

  2.             Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPM), Datin Asariah binti Mior Shaharuddinberkata, KPM menetapkan agar semua kanak-kanak normal yang bersekolah boleh menguasaikemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) ketika melangkah ke tahun empat sekolahrendah sebelum penghujung 2012. Beliau berkata demikian semasa merasmikan SeminarPenyelidikan Pendidikan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Zon Sabah di Kota Kinabalupada awal Oktober 2009. Sukatan pelajaran prasekolah, antara lain, bertujuan untuk mencelikhurufkan murid. Adaguru Bahasa Melayu beranggapan bahawa semua murid yang diterima masuk ke kelas tahunsatu sudah celik huruf. Apabila anggapannya itu meleset, mereka mengeluh. 

  3.             Mereka berasa berat untuk mengajarkan a-b-c kepada beberapa orang murid yang tidak berpeluang mengikutikelas prasekolah. Ada juga murid yang sudah mengikuti prasekolah tetapi masih belum celikhuruf. Murid-murid ini menokok jumlah murid yang perlu dicelikhurufkan oleh guru BahasaMelayu tahun satu. Dahulu, pada semester pertama, memang ada program khas. Mulai tahun 2006 KPMmemperkenalkan pula program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M). PelanInduk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 – 2010 menyatakan, KIA2M bertujuan untukmemastikan murid-murid tahun satu menguasai kemahiran 2M selepas enam bulan belajar disekolah. Tujuan ini tidak tercapai apabila pada akhir Ogos 2006 hampir 100 ribu murid tahunsatu belum celik huruf. Pada akhir September 2009 pula sebanyak 85,000 murid tahun satubelum menguasai 2M.
  4.         
  5.              Berdasarkan sasaran yang diuar-uarkan oleh Menteri Pelajaran dan timbalannya dalamBHO, pada tahun hadapan dan tahun 2011 jumlah murid tahun satu yang belum celik hurufpada akhir tahun dijangka masih dalam lingkungan 50,000 orang. Malah, apabila kitamengambil kira jumlah kelahiran yang semakin meningkat, jumlah ini tidak banyak berubahpada akhir tahun 2012. Jadi, penetapan sasaran 85 hingga 87 peratus kanak-kanak berpeluangmengikuti prasekolah pada tahun 2012 itu rendah. Penetapan sasaran yang rendah ini pasti menghampakan pendukung PIPP yang inginmelihat murid-murid tahun satu menguasai kemahiran 2M selepas enam bulan belajar disekolah. 

  6.               Kenyataan bahawa semua kanak-kanak normal yang bersekolah boleh menguasaikemahiran 3M selepas melangkah ke tahun empat pula bagaikan mengesahkan kehampaanpendukung PIPP.2.1.2 Kesukaran Menguasai Konsep NomborKonsep nombor merupakan salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh kanak-kanakprasekolah. Nombor memainkan peranan yang penting dalam menguasai pembelajaranMatematik prasekolah. Namun begitu, didapati segelintir guru tidak memahami perkembangankanak-kanak dan asas dalam perkembangan Matematik dengan terus mengajar kanak-kanaksimbol nombor 1, 2, 3 dan seterusnya tanpa mengaitkan nombor-nombor ini dengan objek disekeliling (Rohani et. Al, 2004). Ini menyebabkan kanak-kanak tidak dapat mengaitkan nombordengan keadaan sebenar.

  7.               Penggunaan Portfolio Bagi Penilaian Kanak-Kanak PrasekolahTempat penyimpanan hasil kerja adalah juga satu masalah penggunaan portfolio. Terdapatberbagai bentuk portfolio yang boleh diselenggara. Antaranya menggunakan kotak, fail, folderatau disket. Cara menyimpan hasil kerja banyak bergantung kepada pengalaman gurumenyelenggara portfolio pada tahun-tahun sebelumnya. Akibat ketidakcekapan gurumengumpul hasil kerja, sikap guru yang tidak selektif, guru sering kali memasukkan kesemuahasil kerja tanpa dianalisis. Ini menjadikan bahan yang dikumpul terlalu banyak danmenjejaskan bentuk fizikal portfolio. 

  8.               Kajian Umi Kalsom Takriff (2003) dalam Surayah Zaidon (2004), berjudul Persepsi GuruTerhadap Pelaksaan Penilaian Di Prasekolah JAWI mendapati guru melibatkan kanak-kanaksemasa mengumpul hasil kerja walaupun kesemua hasil kerja disimpan ke dalam portfoliotanpa melalui proses pemilihan. Penyemakan pula adalah secara langsung atau spontan dimana guru memberi komen secara lisan tentang kesalahan hasil kerja terus kepada kanak-kanak. Kandungan portfolio terutamanya hasil seni dipamerkan di kelas. Kajian tersebutmendapati pengesanan perkembangan keseluruhan kanak-kanak memerlukan pemerhatian keatas aktiviti kanak-kanak dan interaksi bersama kanak-kanak selain dari maklumat dari hasilkerja. Hasil kerja yang dikumpul terbatas kepada yang berasaskan kertas yang berbentuklembaran kerja dan hasil tulisan yang merupakan salinan atau adaptasi dari buku-buku rujukandi pasaran. Pengumpulan kandungan portfolio tidak dijalankan mengikut prosedur tertentudengan penglibatan kanak-kanak yang terhad. Dari segi tatacara menilai kandungan portfolio,kaedah semakan yang paling menonjol adalah secara memberi ganjaran. Penyemakan yangdijalankan adalah lebih berbentuk perbandingan di antara hasil kerja yang terkini dengan yang
  9.  terdahulu.

  10.               Penganalisaan kandungan portfolio adalah berdasarkan objektif pembelajaran dantahap perkembangan. Menurut Surayah Zaidon (2004), penyemakan yang dijalankan adalah lebih berbentukperbandingan di antara hasil kerja yang terkini dengan yang terdahulu. Penganalisaankandungan portfolio adalah berdasarkan objektif pembelajaran dan tahap perkembangan.Kajian beliau telah mengenal pasti antara masalah yang dihadapai guru dalam menggunakanportfolio secara berkesan adalah latihan yang terbatas, bilangan kanak-kanak yang terlaluramai, peruntukan masa yang banyak diperlukan untuk menilai hasil kerja kanak-kanak danlimitasi portfolio dalam menggambarkan perkembangan kanak-kanak secara keseluruhan.

  11.                Banyak kajian menunjukkan guru tadika mempunyai pengetahuan yang terhad dalamaspek penilaian perkembangan kanak–kanak akibat pendekatan latihan pra perkhidmatan yangberunsurkan teori dan mengetepikan ataupun memperlekehkan pengaplikasian teori. Bakalguru perlu diberi pendedahan kepada input yang dapat merealisasikan matlamat pelaksanaanpenilaian. Kanak–kanak mempunyai repertoir tingkah laku yang terhad bagi dinilai. Justeru,guru perlu didedahkan kepada pelbagai alat pentaksiran pemerhatian daripada segi teori danpratikal seperti rekod anekdot,dapat menjamin bakal guru benar-benar faham bentuk penilaianyang perlu dijalankan di peringkat prasekolah dan tidak mengambil jalan mudah denganmenggunakan ujian-ujian yang hanya menguji perkembangan kognitif kanak–kanak. 

  12.                 Kurang Pengetahuan Dalam Pengajaran Sains Awal Perubahan kurikulum prasekolah yang sering berlaku di Malaysia banyak menyusahkan prosespembelajaran dan pengajaran guru di peringkat prasekolah. Kurikulum standard prasekolahkebangsaan amat menekankan pengajaran sains awal kepada kanak-kanak prasekolah.Perubahan ini menyebabkan guru-guru prasekolah kurang pengetahuan dalam pengajaransains awal. Hal tersebut juga memberi kesan terhadap sikap dan keyakinan guru-guruprasekolah dalam pengajaran sains awal.





AKTIVITISEKOLAH ( KANAK-KANAK)

# Permainan Botol MUZIK

MARI MAIN MUZIK.......


Hari ini saya nk ajak anda  buat satu lagi eksperimen yang sangat mudah iaitu eksperimen botol muzik. Sgt2 sng… 
Bahan-bahannya:
8 biji botol kaca
air putih
sudu



Cara-caranya:
1. Susun 8 biji  botol sebaris.
2. Masukkan air kedalam botol dengan isipadu yg berbeza .( jika botol 1 isipadu air byk, botol 2 krgkn sedikit dan seterusnya)
3. Ketuk setiap botol dgn sudu. Pastikan bunyi setiap botol berbeza .( sepatutnya boleh dapat bunyi seakan ‘do re mi fa so la ti do’)
4. Cuba hasilkan lagu ” Mary Had A Little Lamb”.
Saya telah cuba banyak kali dan saya dapat menghasilkan lagu-lagu seperti “London Brigde Is Fallling Down, Happy Birthday, Do Re Mi Fa, Tepuk Amai-Amai dan Ola Oli”. Memang bunyinya sedikit berbeza tetapi hampir sama.
Selamat Mencuba!!!









 BERITA SEMASA - PENDIDIKAN MALAYSIA


Beban Tugas Guru Akan Dipermudahkan Kementerian Pendidikan Malaysia KPM!

Kementerian Pendidikan Malaysia sepatutnya mengambil penganalisis sistem, yang mengkaji apa sepatutnya yang boleh ditambahbaik dan dipertingkatkan termasuk kos pengaturcaraan yang lebih ringkas, perbanyakan “auto output” supaya cikgu sekolah tidak banyak yang perlu dikemaskinikan.
Perbanyakan “data upload”. Masalah ini terus berulang saban kali tanpa berpenghujung dan telah menjadi nanah menunggu masa dan ketika untuk diubati. Sampai bila mahu membiarkan beban tugas guru carca merba?
Nah….Kementerian Pelajaran Malaysia KPM menyedari hal ini. Terbaru, KPM mengatakan yang mereka akan menyusun semula beban tugas guru bagi tugasan kemaksini kata data secara online. Antara aduan dan tututan yang diterima melibatkan beban tugas guru, ialah:

Berita Terkini Kementerian Pendidikan Malaysia : Beban Tugas Guru Akan Diperbaiki!

  1. Guru terpaksa menggunakan masa di luar waktu bertugas untuk menyiapkan kemaskini secara online yang diberikan kepada mereka
  2. Kekurangan akses Internet
Kementerian Pendidikan Malaysia ada juga memperuntukan guru data yang hanya mengajar pada waktu yang terhad sahaja, di mana masa yang diberikan perlu banyak dihabiskan untuk kemaskini secara online. Malangnya, aduan yang Berita Semasa terima, data yang mereka buat tidak pernah lengkap.
Mungkin ada kalangan guru yang ada idea dan pandangan yang lebih bernas bernading Menteri yang duduk di kerusi panas Kementerian Pendidikan Malaysia KPM?

Friday, 20 November 2015

Alam kehidupan kanak-kanak

cHILD 
kanak



Memahami Pertumbuhan & Perkembangan Kanak-kanak....

   Perkembangan awal kanak-kanak umumnya meliputi pertumbuhan dan perkembangan mereka dari sejak lahir hingga 6 tahun. Pertumbuhan kanak-kanak berlaku sejak dalam kandungan lagi. Selepas bayi lahir, pertumbuhan dan perkembangan .


Pertumbuhan

    Pertumbuhan kanak-kanak diukur berdasarkan keadaan tubuh badan mereka iaitu berat dan ketinggian. Selalunya, doktor atau pegawai perubatan ada carta yang boleh dirujuk oleh ibu bapanya. Biasanya berat badan akan diukur sesuai dengan ketinggian. Hal ini akan menentukan sama ada anak berada pada tahap di bawah pertumbuhan badan normal atau kurang/lebih. Bagaimanapun, faktor lain turut diambil kira iaitu faktor genetik dan kesihatan kanak-kanak itu.
Manakala perkembangan pula meliputi 4 asas utama iaitu perkembangan fizikal, bahasa, kognitif dan sosio emosi.


1. Perkembangan Fizikal

Perubahan yang berlaku dari segi bentuk dan saiz; kebolehan mengawal pergerakan motor kasar dan halus serta koordinasi anggota badan. Motor kasar berkaitan dengan otot-otot kasar seperti merangkak, memanjat, berjalan dan berlari. Manakala motor halus berkaitan dengan hal yang menggunakan saraf seperti boleh memasukkan benang ke dalam lubang butang, melakar dan melukis.


2. Perkembangan Bahasa

Perubahan dari tahap mengeluarkan bunyi-bunyian kepada penerimaan, kefahaman dan mengeluarkan kata-kata sebagai tindak balas kepada stimulasi. Dia akan belajar menyebut apa sahaja yang didengarkannya. Sama ada melalui percakapan ibu bapa, bahan bacaan yang dibaca kepadanya, menonton televisyen dan radio.


3. Perkembangan Kognitif

Keupayaan kanak-kanak mengumpul maklumat dan menyelesaikan masalah. Perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza mengikut tahap usia. Interaksi dan komunikasi orang dewasa dengan kanak-kanak adalah perlu. Kanak-kanak memahami dan akan belajar meniru sebutan berbahasa dengan betul setelah melakukan pengumpulan maklumat.


4. Perkembangan Sosio-Emosi


Keupayaan kanak-kanak bergaul, berinteraksi dan meluahkan perasaan. Kanak-kanak semakin membesar dan pastinya perkembangan emosinya berbeza seperti gembira dan marah. Asuh kanak-kanak dengan mendengar perasaan yang diluahkan dan bimbing mereka ke arah emosi yang positif. Jangan dibiarkan kanak-kanak menangis berterusan tanpa mengambil berat emosinya. Terangkan kepada kanak-kanak tidak perlu menangis berpanjangan. Minta mereka memberitahu masalahnya dan berikan dorongan atau pujian sekiranya mereka boleh menguasai emosinya.