Laporan kajian pendidikan awal kanak-kanak
- KAJIAN-KAJIAN LEPAS BERKAITAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI PERINGKAT TADIKA ATAU PRA SEKOLAH Imran Ariff Ariffin Faizul Ab Kadir Khadijah Ibrahim Rizawati Abd Halim Wan Zurianti Wan Abdullah Jabatan Kemahiran Hidup (Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional) (Universiti Pendidikan Sultan Idris 2010) 20 Oktober 2010 ABSTRAKPenulisan ini berkisarkan kajian-kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak diperingkat tadika atau pra sekolah. Penulisan ini telah di jalankan secara terperinci bagimengetahui serba sedikit mengenai isu-isu, polisi kurikulum, dasar, pengajaran danpembelajar (P&P) dan juga masalah berkaitan penglibatan ibu bapa di peringkattadika/prasekolah. Penulisan ini juga akan menyentuh tentang masalah-masalah yangdi hadapi oleh pihak sekolah terutama guru-guru yang mengajar pelajartadika/prasekolah. Selain itu, penulisan ini juga akan membincangkan bagamana pihaksekolah menyelesaikan masalah pelajar tadika/prasekolah dan masalah hubugan pihaksekolah dengan ibu bapa. Namun, secara keseluruhan penulisan ini dirujukberdasarkan bahan-bahan yang terbukti kesahihannya melalui kajian-kajian yang telahdi buat oleh tokoh-tokoh dalam dunia pendidikan sebelum ini..
- ISU DAN PERMASALAHAN YANG TERDAPAT KETIKA MENGAJAR DI PERINGKAT PRASEKOLAH...
- Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPM), Datin Asariah binti Mior Shaharuddinberkata, KPM menetapkan agar semua kanak-kanak normal yang bersekolah boleh menguasaikemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) ketika melangkah ke tahun empat sekolahrendah sebelum penghujung 2012. Beliau berkata demikian semasa merasmikan SeminarPenyelidikan Pendidikan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Zon Sabah di Kota Kinabalupada awal Oktober 2009. Sukatan pelajaran prasekolah, antara lain, bertujuan untuk mencelikhurufkan murid. Adaguru Bahasa Melayu beranggapan bahawa semua murid yang diterima masuk ke kelas tahunsatu sudah celik huruf. Apabila anggapannya itu meleset, mereka mengeluh.
- Mereka berasa berat untuk mengajarkan a-b-c kepada beberapa orang murid yang tidak berpeluang mengikutikelas prasekolah. Ada juga murid yang sudah mengikuti prasekolah tetapi masih belum celikhuruf. Murid-murid ini menokok jumlah murid yang perlu dicelikhurufkan oleh guru BahasaMelayu tahun satu. Dahulu, pada semester pertama, memang ada program khas. Mulai tahun 2006 KPMmemperkenalkan pula program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M). PelanInduk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 – 2010 menyatakan, KIA2M bertujuan untukmemastikan murid-murid tahun satu menguasai kemahiran 2M selepas enam bulan belajar disekolah. Tujuan ini tidak tercapai apabila pada akhir Ogos 2006 hampir 100 ribu murid tahunsatu belum celik huruf. Pada akhir September 2009 pula sebanyak 85,000 murid tahun satubelum menguasai 2M.
-
- Berdasarkan sasaran yang diuar-uarkan oleh Menteri Pelajaran dan timbalannya dalamBHO, pada tahun hadapan dan tahun 2011 jumlah murid tahun satu yang belum celik hurufpada akhir tahun dijangka masih dalam lingkungan 50,000 orang. Malah, apabila kitamengambil kira jumlah kelahiran yang semakin meningkat, jumlah ini tidak banyak berubahpada akhir tahun 2012. Jadi, penetapan sasaran 85 hingga 87 peratus kanak-kanak berpeluangmengikuti prasekolah pada tahun 2012 itu rendah. Penetapan sasaran yang rendah ini pasti menghampakan pendukung PIPP yang inginmelihat murid-murid tahun satu menguasai kemahiran 2M selepas enam bulan belajar disekolah.
- Kenyataan bahawa semua kanak-kanak normal yang bersekolah boleh menguasaikemahiran 3M selepas melangkah ke tahun empat pula bagaikan mengesahkan kehampaanpendukung PIPP.2.1.2 Kesukaran Menguasai Konsep NomborKonsep nombor merupakan salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh kanak-kanakprasekolah. Nombor memainkan peranan yang penting dalam menguasai pembelajaranMatematik prasekolah. Namun begitu, didapati segelintir guru tidak memahami perkembangankanak-kanak dan asas dalam perkembangan Matematik dengan terus mengajar kanak-kanaksimbol nombor 1, 2, 3 dan seterusnya tanpa mengaitkan nombor-nombor ini dengan objek disekeliling (Rohani et. Al, 2004). Ini menyebabkan kanak-kanak tidak dapat mengaitkan nombordengan keadaan sebenar.
- Penggunaan Portfolio Bagi Penilaian Kanak-Kanak PrasekolahTempat penyimpanan hasil kerja adalah juga satu masalah penggunaan portfolio. Terdapatberbagai bentuk portfolio yang boleh diselenggara. Antaranya menggunakan kotak, fail, folderatau disket. Cara menyimpan hasil kerja banyak bergantung kepada pengalaman gurumenyelenggara portfolio pada tahun-tahun sebelumnya. Akibat ketidakcekapan gurumengumpul hasil kerja, sikap guru yang tidak selektif, guru sering kali memasukkan kesemuahasil kerja tanpa dianalisis. Ini menjadikan bahan yang dikumpul terlalu banyak danmenjejaskan bentuk fizikal portfolio.
- Kajian Umi Kalsom Takriff (2003) dalam Surayah Zaidon (2004), berjudul Persepsi GuruTerhadap Pelaksaan Penilaian Di Prasekolah JAWI mendapati guru melibatkan kanak-kanaksemasa mengumpul hasil kerja walaupun kesemua hasil kerja disimpan ke dalam portfoliotanpa melalui proses pemilihan. Penyemakan pula adalah secara langsung atau spontan dimana guru memberi komen secara lisan tentang kesalahan hasil kerja terus kepada kanak-kanak. Kandungan portfolio terutamanya hasil seni dipamerkan di kelas. Kajian tersebutmendapati pengesanan perkembangan keseluruhan kanak-kanak memerlukan pemerhatian keatas aktiviti kanak-kanak dan interaksi bersama kanak-kanak selain dari maklumat dari hasilkerja. Hasil kerja yang dikumpul terbatas kepada yang berasaskan kertas yang berbentuklembaran kerja dan hasil tulisan yang merupakan salinan atau adaptasi dari buku-buku rujukandi pasaran. Pengumpulan kandungan portfolio tidak dijalankan mengikut prosedur tertentudengan penglibatan kanak-kanak yang terhad. Dari segi tatacara menilai kandungan portfolio,kaedah semakan yang paling menonjol adalah secara memberi ganjaran. Penyemakan yangdijalankan adalah lebih berbentuk perbandingan di antara hasil kerja yang terkini dengan yang
- terdahulu.
- Penganalisaan kandungan portfolio adalah berdasarkan objektif pembelajaran dantahap perkembangan. Menurut Surayah Zaidon (2004), penyemakan yang dijalankan adalah lebih berbentukperbandingan di antara hasil kerja yang terkini dengan yang terdahulu. Penganalisaankandungan portfolio adalah berdasarkan objektif pembelajaran dan tahap perkembangan.Kajian beliau telah mengenal pasti antara masalah yang dihadapai guru dalam menggunakanportfolio secara berkesan adalah latihan yang terbatas, bilangan kanak-kanak yang terlaluramai, peruntukan masa yang banyak diperlukan untuk menilai hasil kerja kanak-kanak danlimitasi portfolio dalam menggambarkan perkembangan kanak-kanak secara keseluruhan.
- Banyak kajian menunjukkan guru tadika mempunyai pengetahuan yang terhad dalamaspek penilaian perkembangan kanak–kanak akibat pendekatan latihan pra perkhidmatan yangberunsurkan teori dan mengetepikan ataupun memperlekehkan pengaplikasian teori. Bakalguru perlu diberi pendedahan kepada input yang dapat merealisasikan matlamat pelaksanaanpenilaian. Kanak–kanak mempunyai repertoir tingkah laku yang terhad bagi dinilai. Justeru,guru perlu didedahkan kepada pelbagai alat pentaksiran pemerhatian daripada segi teori danpratikal seperti rekod anekdot,dapat menjamin bakal guru benar-benar faham bentuk penilaianyang perlu dijalankan di peringkat prasekolah dan tidak mengambil jalan mudah denganmenggunakan ujian-ujian yang hanya menguji perkembangan kognitif kanak–kanak.
- Kurang Pengetahuan Dalam Pengajaran Sains Awal Perubahan kurikulum prasekolah yang sering berlaku di Malaysia banyak menyusahkan prosespembelajaran dan pengajaran guru di peringkat prasekolah. Kurikulum standard prasekolahkebangsaan amat menekankan pengajaran sains awal kepada kanak-kanak prasekolah.Perubahan ini menyebabkan guru-guru prasekolah kurang pengetahuan dalam pengajaransains awal. Hal tersebut juga memberi kesan terhadap sikap dan keyakinan guru-guruprasekolah dalam pengajaran sains awal.
No comments:
Post a Comment