cHILD

Memahami Pertumbuhan & Perkembangan Kanak-kanak....
Perkembangan
awal kanak-kanak umumnya meliputi pertumbuhan dan perkembangan mereka dari
sejak lahir hingga 6 tahun. Pertumbuhan kanak-kanak berlaku sejak dalam
kandungan lagi. Selepas bayi lahir, pertumbuhan dan perkembangan .
Pertumbuhan
Pertumbuhan
kanak-kanak diukur berdasarkan keadaan tubuh badan mereka iaitu berat dan
ketinggian. Selalunya, doktor atau pegawai perubatan ada carta yang boleh
dirujuk oleh ibu bapanya. Biasanya berat badan akan diukur sesuai dengan
ketinggian. Hal ini akan menentukan sama ada anak berada pada tahap di bawah
pertumbuhan badan normal atau kurang/lebih. Bagaimanapun, faktor lain turut
diambil kira iaitu faktor genetik dan kesihatan kanak-kanak itu.
Manakala
perkembangan pula meliputi 4 asas utama iaitu perkembangan fizikal, bahasa,
kognitif dan sosio emosi.
1. Perkembangan Fizikal
Perubahan
yang berlaku dari segi bentuk dan saiz; kebolehan mengawal pergerakan motor
kasar dan halus serta koordinasi anggota badan. Motor kasar berkaitan dengan
otot-otot kasar seperti merangkak, memanjat, berjalan dan berlari. Manakala
motor halus berkaitan dengan hal yang menggunakan saraf seperti boleh
memasukkan benang ke dalam lubang butang, melakar dan melukis.
2. Perkembangan Bahasa
Perubahan
dari tahap mengeluarkan bunyi-bunyian kepada penerimaan, kefahaman dan
mengeluarkan kata-kata sebagai tindak balas kepada stimulasi. Dia akan belajar
menyebut apa sahaja yang didengarkannya. Sama ada melalui percakapan ibu bapa,
bahan bacaan yang dibaca kepadanya, menonton televisyen dan radio.
3. Perkembangan Kognitif
Keupayaan
kanak-kanak mengumpul maklumat dan menyelesaikan masalah. Perkembangan kognitif
kanak-kanak berbeza mengikut tahap usia. Interaksi dan komunikasi orang dewasa
dengan kanak-kanak adalah perlu. Kanak-kanak memahami dan akan belajar meniru
sebutan berbahasa dengan betul setelah melakukan pengumpulan maklumat.
4. Perkembangan Sosio-Emosi
Keupayaan
kanak-kanak bergaul, berinteraksi dan meluahkan perasaan. Kanak-kanak semakin
membesar dan pastinya perkembangan emosinya berbeza seperti gembira dan marah.
Asuh kanak-kanak dengan mendengar perasaan yang diluahkan dan bimbing mereka ke
arah emosi yang positif. Jangan dibiarkan kanak-kanak menangis berterusan tanpa
mengambil berat emosinya. Terangkan kepada kanak-kanak tidak perlu menangis
berpanjangan. Minta mereka memberitahu masalahnya dan berikan dorongan atau
pujian sekiranya mereka boleh menguasai emosinya.
No comments:
Post a Comment