vKAJIAN KAJIAN
LEPAS BERKAITAN PENDIDIKANAWAL KANAK-KANAK DI PERINGKAT TADIKA
ATAU PRA SEKOLOAH
KAJIAN-KAJIAN LEPAS BERKAITAN PENDIDIKAN AWAL
KANAK-KANAK DI PERINGKAT TADIKA ATAU PRA SEKOLAH Imran Ariff Ariffin Faizul Ab
Kadir Khadijah Ibrahim Rizawati Abd Halim Wan Zurianti Wan Abdullah Jabatan
Kemahiran Hidup (Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional) (Universiti
Pendidikan Sultan Idris 2010) 20 Oktober 2010 ABSTRAKPenulisan ini berkisarkan
kajian-kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak diperingkat tadika
atau pra sekolah. Penulisan ini telah di jalankan secara terperinci
bagimengetahui serba sedikit mengenai isu-isu, polisi kurikulum, dasar,
pengajaran danpembelajar (P&P) dan juga masalah berkaitan penglibatan ibu
bapa di peringkattadika/prasekolah. Penulisan ini juga akan menyentuh tentang masalah-masalah
yangdi hadapi oleh pihak sekolah terutama guru-guru yang mengajar
pelajartadika/prasekolah. Selain itu, penulisan ini juga akan membincangkan
bagamana pihaksekolah menyelesaikan masalah pelajar tadika/prasekolah dan
masalah hubugan pihaksekolah dengan ibu bapa. Namun, secara keseluruhan
penulisan ini dirujukberdasarkan bahan-bahan yang terbukti kesahihannya melalui
kajian-kajian yang telahdi buat oleh tokoh-tokoh dalam dunia pendidikan sebelum
ini..
vISU DAN
PERMASALAHAN YANG TERDAPAT
KETIKA MENGAJAR
DI PERINGKAT PRASEKOLAH...
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPM), Datin
Asariah binti Mior Shaharuddinberkata, KPM menetapkan agar semua kanak-kanak
normal yang bersekolah boleh menguasaikemahiran membaca, menulis dan mengira (3M)
ketika melangkah ke tahun empat sekolahrendah sebelum penghujung 2012. Beliau
berkata demikian semasa merasmikan SeminarPenyelidikan Pendidikan Institut
Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Zon Sabah di Kota Kinabalupada awal Oktober
2009. Sukatan pelajaran prasekolah, antara lain, bertujuan untuk
mencelikhurufkan murid. Adaguru Bahasa Melayu beranggapan bahawa semua murid
yang diterima masuk ke kelas tahunsatu sudah celik huruf. Apabila anggapannya
itu meleset, mereka mengeluh.
Mereka berasa berat untuk mengajarkan a-b-c kepada
beberapa orang murid yang tidak berpeluang mengikutikelas prasekolah. Ada juga
murid yang sudah mengikuti prasekolah tetapi masih belum celikhuruf.
Murid-murid ini menokok jumlah murid yang perlu dicelikhurufkan oleh guru
BahasaMelayu tahun satu. Dahulu, pada semester pertama, memang ada program
khas. Mulai tahun 2006 KPMmemperkenalkan pula program Kelas Intervensi Awal
Membaca dan Menulis (KIA2M). PelanInduk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 –
2010 menyatakan, KIA2M bertujuan untukmemastikan murid-murid tahun satu
menguasai kemahiran 2M selepas enam bulan belajar disekolah. Tujuan ini tidak
tercapai apabila pada akhir Ogos 2006 hampir 100 ribu murid tahunsatu belum
celik huruf. Pada akhir September 2009 pula sebanyak 85,000 murid tahun
satubelum menguasai 2M.
Berdasarkan sasaran yang diuar-uarkan oleh Menteri
Pelajaran dan timbalannya dalamBHO, pada tahun hadapan dan tahun 2011 jumlah
murid tahun satu yang belum celik hurufpada akhir tahun dijangka masih dalam lingkungan
50,000 orang. Malah, apabila kitamengambil kira jumlah kelahiran yang semakin
meningkat, jumlah ini tidak banyak berubahpada akhir tahun 2012. Jadi,
penetapan sasaran 85 hingga 87 peratus kanak-kanak berpeluangmengikuti
prasekolah pada tahun 2012 itu rendah. Penetapan sasaran yang rendah ini pasti
menghampakan pendukung PIPP yang inginmelihat murid-murid tahun satu menguasai
kemahiran 2M selepas enam bulan belajar disekolah.
Kenyataan bahawa semua kanak-kanak normal yang
bersekolah boleh menguasaikemahiran 3M selepas melangkah ke tahun empat pula
bagaikan mengesahkan kehampaanpendukung PIPP.2.1.2 Kesukaran Menguasai Konsep
NomborKonsep nombor merupakan salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh
kanak-kanakprasekolah. Nombor memainkan peranan yang penting dalam menguasai
pembelajaranMatematik prasekolah. Namun begitu, didapati segelintir guru tidak
memahami perkembangankanak-kanak dan asas dalam perkembangan Matematik dengan
terus mengajar kanak-kanaksimbol nombor 1, 2, 3 dan seterusnya tanpa mengaitkan
nombor-nombor ini dengan objek disekeliling (Rohani et. Al, 2004). Ini
menyebabkan kanak-kanak tidak dapat mengaitkan nombordengan keadaan sebenar.
Penggunaan Portfolio Bagi Penilaian Kanak-Kanak
PrasekolahTempat penyimpanan hasil kerja adalah juga satu masalah penggunaan
portfolio. Terdapatberbagai bentuk portfolio yang boleh diselenggara. Antaranya
menggunakan kotak, fail, folderatau disket. Cara menyimpan hasil kerja banyak
bergantung kepada pengalaman gurumenyelenggara portfolio pada tahun-tahun
sebelumnya. Akibat ketidakcekapan gurumengumpul hasil kerja, sikap guru yang
tidak selektif, guru sering kali memasukkan kesemuahasil kerja tanpa
dianalisis. Ini menjadikan bahan yang dikumpul terlalu banyak danmenjejaskan
bentuk fizikal portfolio.
Kajian Umi Kalsom Takriff (2003) dalam Surayah
Zaidon (2004), berjudul Persepsi GuruTerhadap Pelaksaan Penilaian Di Prasekolah
JAWI mendapati guru melibatkan kanak-kanaksemasa mengumpul hasil kerja walaupun
kesemua hasil kerja disimpan ke dalam portfoliotanpa melalui proses pemilihan.
Penyemakan pula adalah secara langsung atau spontan dimana guru memberi komen
secara lisan tentang kesalahan hasil kerja terus kepada kanak-kanak. Kandungan
portfolio terutamanya hasil seni dipamerkan di kelas. Kajian tersebutmendapati
pengesanan perkembangan keseluruhan kanak-kanak memerlukan pemerhatian keatas
aktiviti kanak-kanak dan interaksi bersama kanak-kanak selain dari maklumat
dari hasilkerja. Hasil kerja yang dikumpul terbatas kepada yang berasaskan
kertas yang berbentuklembaran kerja dan hasil tulisan yang merupakan salinan
atau adaptasi dari buku-buku rujukandi pasaran. Pengumpulan kandungan portfolio
tidak dijalankan mengikut prosedur tertentudengan penglibatan kanak-kanak yang
terhad. Dari segi tatacara menilai kandungan portfolio,kaedah semakan yang
paling menonjol adalah secara memberi ganjaran. Penyemakan yangdijalankan
adalah lebih berbentuk perbandingan di antara hasil kerja yang terkini dengan
yang
terdahulu.
Penganalisaan kandungan portfolio adalah berdasarkan
objektif pembelajaran dantahap perkembangan. Menurut Surayah Zaidon (2004),
penyemakan yang dijalankan adalah lebih berbentukperbandingan di antara hasil
kerja yang terkini dengan yang terdahulu. Penganalisaankandungan portfolio
adalah berdasarkan objektif pembelajaran dan tahap perkembangan.Kajian beliau
telah mengenal pasti antara masalah yang dihadapai guru dalam
menggunakanportfolio secara berkesan adalah latihan yang terbatas, bilangan
kanak-kanak yang terlaluramai, peruntukan masa yang banyak diperlukan untuk
menilai hasil kerja kanak-kanak danlimitasi portfolio dalam menggambarkan
perkembangan kanak-kanak secara keseluruhan.
Banyak kajian menunjukkan guru tadika
mempunyai pengetahuan yang terhad dalamaspek penilaian perkembangan kanak–kanak
akibat pendekatan latihan pra perkhidmatan yangberunsurkan teori dan
mengetepikan ataupun memperlekehkan pengaplikasian teori. Bakalguru perlu
diberi pendedahan kepada input yang dapat merealisasikan matlamat
pelaksanaanpenilaian. Kanak–kanak mempunyai repertoir tingkah laku yang terhad
bagi dinilai. Justeru,guru perlu didedahkan kepada pelbagai alat pentaksiran
pemerhatian daripada segi teori danpratikal seperti rekod anekdot,dapat menjamin
bakal guru benar-benar faham bentuk penilaianyang perlu dijalankan di peringkat
prasekolah dan tidak mengambil jalan mudah denganmenggunakan ujian-ujian yang
hanya menguji perkembangan kognitif kanak–kanak.
Kurang Pengetahuan Dalam Pengajaran Sains
Awal Perubahan kurikulum prasekolah yang sering berlaku di Malaysia banyak
menyusahkan prosespembelajaran dan pengajaran guru di peringkat prasekolah.
Kurikulum standard prasekolahkebangsaan amat menekankan pengajaran sains awal
kepada kanak-kanak prasekolah.Perubahan ini menyebabkan guru-guru prasekolah
kurang pengetahuan dalam pengajaransains awal. Hal tersebut juga memberi kesan
terhadap sikap dan keyakinan guru-guruprasekolah dalam pengajaran sains awal.
No comments:
Post a Comment